sebenarnya dah lama aq pendamkan benda ni sorang2..
hanya beberapa orang yang tahu..
beberapa orang yang tak terlibat..
biarlah aq bagitahu sesuatu,
paku atau yang biasa orang panggil as "pangkat"
tak pernah ada erti langsung..
LANGSUNG tak pernah ada makna..
kenapa?
sebabnya..biarlah aq cerita dari awal..
aq Lt.M keluaran PALAPES di sebuah IPTA yang agak gah di Malaysia(konon)..
bersama-sama dengan skuad aq..kami diwatikahkan oleh sultan yang aq sanjung..
malam selepas watikah, kami dikenakan sesuatu yang orang selalu panggil raging(betul ke ejaan aq?)
tapi kami selalu panggil benda tu "hell"..
aq tak kisah pun pasal benda tu sebabnya batch2 sebelum aq pun akan kena..
semata-mata untuk masuk ke group yang dipanggil "bloodbrother"
BLOODBROTHER..satu perkataan yang sehingga hari ini bila aq dengar rasa macam nak termuntah..
rasa marah yang amat..
rasa macam What The......
kenapa?
semuanya bermula bila skuad aq ditampar dan ditumbuk oleh LLP(biarlah aq rahsiakan siapa LLP tersebut) selepas baru beberapa bulan kami mendapat title yang konon hebat iaitu Lt.M..
sebenarnya aq tak kisah sangat pasal benda tu sebab benda macam tu boleh dibawa ke mahkamah tentera..atau whatever bentuk pengadilan..
tapi yang buat aq kecewa ialah sikap pegawai kami..
wey!!!! mana pergi BLOODBROTHER kau?!!!
cakap tak serupa bikin..
kau as pegawai yang sepatutnya bantu kami tegakkan keadilan..
kau khianat kami!
kau ugut kami!
kau fitnah kami!
macam tu ke BLOODBROTHER??
semuanya semata-mata untuk mempertahankan LLP tu??
eh,aku tak kisahlah LLP tu nak buat apa tapi kau..
ah, jujur aq hilang hormat kat kau..
pangkat tak ada makna apa-apa..
NOTHING..sebab walaupun kau dah berstatus LT.M..
kau tetap dihina dan dipijak oleh orang bawahan dan atasan..
kau akan dikhianati walau oleh bloodbrother kau sendiri..
sedih?? Ya,aq sedih..
marah?? Ya, aq marah..
kami satu skuad terpaksa menelan pahit dari perkhianat ini..
kisah ini dipaksa oleh PEGAWAI kami sendiri untuk tutup kes..
kami ditindas oleh mereka-mereka yang menfitnah kami..
jadi biarlah aq tanya sekali lagi..
Kenapa perlu WATIKAH??
Jujur..
sehingga sekarang aq kecewa..
hanya Allah yang tahu seberapa dalam kecewa kami satu skuad..
hebat fitnah mereka terhadap kami..
semoga Allah membalas jasa baik kau, wahai my dear PEGAWAI..
No comments:
Post a Comment